Rabu, 15 Ogos 2012

Pengalaman bersalin di hospital kerajaan

Dicatat oleh Unknown di Rabu, Ogos 15, 2012
Alhamdulillah, kandungan saya telah pun mencecah bulan ke-3. Walaupun masa masih panjang tapi saya sudah terfikir banyak tentang tempat nak bersalin. samada di hospital kerajaan lagi atau di hospital swasta. Hati saya lebih banyak kepada hospital swasta. Ada la 2,3 tempat yang saya sudah survey, tapi belum mendapat restu dari en. suami.  Dah merasa bersalin di hospital kerajaan sebelum ini 2 kali. Anak yang pertama telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Krai, Kelantan dan anak yang kedua di Hospital Raub, Pahang. Saya ada membelek-belek blog teman-teman yang menceritakan pengalaman mereka bersalin di hospital kerajaan. Rata-rata ada pengalaman yang kurang memuaskan tentang servis yang disediakan di hospital kerajaan. Bukan hendak dinafikan sebab saya sendiri pun ada merasa pengalaman yang serupa.

Pengalaman pertama semasa bersalin anak pertama di Hospital Kuala Krai. saya dimasukkan ke wad pada pukul 10 pagi, 12 Januari 2008. Servis Jururawat yang bertugas pada hari itu boleh dikatakan ok. Tambahan doktor yang bertugas adalah doktor perempuan. Sangat melegakan hati saya. Tak perlulah saya terkangkang depan lelaki yang tak dikenali walaupun hakikatnya tugasnya adalah untuk menyelamatkan saya dan anak yang  bakal dilahirkan. Saya menanggung sakit bersalin hampir 36 jam. Walaupun saya telah disuntik ubat tidur tapi saya langsung tak boleh tidur. Mata saya berat sampai tak boleh bukak tapi disebabkan terlampau sakit, saya tak dapat tidur . Kenapa saya katakan saya tak tidur walaupun mata terpejam? sebab Saya boleh dengar  apa sahaja yang berlaku di sekeliling saya. Saya boleh dengar suami saya memanggil nama saya melalui tingkap, kebetulan dia baru sampai pukul 2 pagi. Nak masuk dah tak dibenarkan. Tapi saya tak boleh nak bukak mata. Saya boleh dengar perbualan nurse dengan pesakit di sebelah.

Yang paling saya tak puas hati, bila ada nurse yang kurang ajar telah menengking ibu saya sebab perbuatan dia menggosok-gosok perut dan belakang saya. Katanya ibu saya cuma menyebabkan saya menjadi lebih manja. Apa lagi seorang ibu mampu buat selain memberi sentuhan kasih? sekurang-kurangnya dia memberi sokongan emosi kepada saya. Salahkah perbuatan ibu saya? Bukannya 24 jam dia melekat di sisi saya, hanya sesekali sewaktu tempoh melawat sahaja. Pinggang saya terasa seperti hendak putus dua, kalau ditoreh hidup-hidup sekalipun, saya rasa sakit bersalin itu berkali ganda lebih sakit. Sehingga saat ini saya masih teringat peristiwa ni.

Pukul 4 petang, 13hb Januari,saya telah diarah masuk ke labour room. Sekali lagi saya dibiarkan keseorangan dalam bilik tersebut. Sesekali jururawat datang menjenguk, memeriksa bukaan rahim. Sehingga pukul 7 petang, bukaan rahim masih sama. Energy memang sudah 'low' sbb hanya minum sahaja, tak mampu dah nak makan. Sudah 33 jam menahan sakit. Barulah diorang decide untuk induce dengan ubat pembuka rahim. Sakitnya 2 kali ganda lebih panjang dari sakit biasa. Saat contraction berlaku, saya hanya berpaut pada besi penghadang di kiri kanan katil, saya sendiri dapat rasa katil saya bergegar,betapa kuatnya saya pegang. Pukul 9 malam, baru suami saya dipanggil masuk. Barulah terasa lega di hati, sbb ada sokongan emosi. walaupun tak mengurangkan rasa sakit walau sedikit, dengan kehadiran dia di situ, buat saya lebih bersemangat. Suami saya tak lepaskan tangan saya, tiap kali contraction, dia melawan pegangan tangan saya,dah macam gusti tangan pun ada. Hampir seminggu jugak dia sakit tangan selepas tu.

Masa saya mula meneran, hanya ada seorang jururawat yang meneman. Menyuruh saya meneran betul2, bayi dah terlalu lama berada di pintu rahim.takut lemas. Malangnya, nurse yg meneman saya waktu tu langsung tidak ada pengalaman melahirkan, sungguh berani dia berkata begitu. Untuk ibu yang beranak sulung, takde lagi pengalaman, energy yg sgt2 lemah, how the hell did she expect me to teran betul2? Sewaktu torehan dilakukan untuk memperluaskan pintu keluar baby, saya langsung tak terasa sakit, betapa sakitnya sakit bersalin. Untungnya sesiapa yang hanya sakit bersalin sekejap sahaja. Tapi saya tetap bersyukur, anak saya akhirnya selamat. Sakit itu cuma ujian dari Allah.

Bersalin kali kedua di Hospital Raub, Pahang. Dimasukkan ke wad dalam pukul 10 malam. Sebab turun air. Malangnya, sewaktu di periksa air ketuban saya belum lagi pecah. Susah saya nak ceritakan air apa. Bersalin kali pertama pun, saya tak tumpah air. saya tumpah darah. Senior Nurse pd mlm tersebut, marah2 sbb jururawat pelatih tergesa2 nak ambik kes. sehingga ada salah seorang darinya menangis kene marah. Dia menuduh saya cuma terkencing sahaja. Tambahan pula saya tidak merasa sakit waktu tu. Bodoh sangat ke saya sampai tak boleh nak beza dengan air kencing? Banyaknya air yg tumpah waktu tu sehinggakn seluar saya basah lencun dan berlendir. Suami saya sendiri mengakui kata2 saya.

Pukul 2 pagi, sakit bersalin mula dirasai. Jururawat pelatih bergembira di katil saya. Mmg tak salah tindakan mereka mengambil kes. Tidur cuma sekejap2. Dengan kesakitan ditambah pula dengan keadaan yang sangat panas. Kipasnya di tengah2 kubik sedangkan katil saya berada di hujung sekali. Tak hairanlah ada pesakit yang membawa kipas sendiri. Bertahan sahajalah. Sehinggalah saya di arah masuk ke labour room. Ingatkan selesa, rupanya bertambah seksa. Dahla waktu tengahari, bahang panas tengah meruap. Kipasnya cuma satu. Itu pun cuma kipas dinding yang berada betul2 di atas kepala pesakit. So basically, pesakit langsung tak kena angin, Kipas tu menghala ke hujung kaki di mana nurse yang nak menyambut baby tu duduk. Sengsaranya waktu tu.

Tapi saya ni cukup bernasib baik. Ada seorang jururawat pelatih yang tak pernah tinggalkan sisi saya. Malah dengan ikhlas dia mengelap muka dan badan saya dengan tuala basah. Walaupun jururawat senior mengarahkan supaya saya ditinggalkan sementara menunggu masa saya betul2 hendak bersalin. Mungkin berkat perkataan 'Allah, Allah, Allah' yang tak pernah lekang dari bibir saya waktu tu. Entah bagaimana saya hendak berterima kasih pada adik tersebut. Sewaktu saya keluar wad, kebetulan dia tidak bertugas. Saya teringin untuk berjumpa dia kembali, walaupun cuma sekadar untuk berterima kasih. Yang menambah pada kegeraman saya, bilik bersalin tersebut terlampau open. Para cleaner yang lalu lalang di depan saya, semuanya pasti akan menoleh. Langsung tidak ada privacy.

Selepas bersalin saya kembali ditempatkan di wad yang sama dengan wad menunggu untuk bersalin. Cuma dipindahkan ke kubik belakang sahaja. Bayangkan kalau ada yang tengah sakit meraung2, memang takde ketenangan langsung. Sepanjang berada di situ, saya cuma mampu menahan sabar. Dahla doktor yang bertugas adalah lelaki. Marahnya saya pada ketika itu. Yang dapat melembutkan hati saya sedikit, adalah layanan jururawat selepas saya bersalin. Sangat mengambil berat tentang anak saya. Mereka tolong mandikan, siapkan anak saya. Tidak seperti di Hosp. Kuala Krai di mana, saya terpaksa mandikan dan siapkan anak saya sendiri. Mujurlah saya ada sedikit pengalaman menguruskan bayi, buatnya saya ni anak manja yang tak tahu apa2, kan naya tu.

Pengalaman bersalin di kedua-dua hospital kerajaan betul2 buat saya terfikir banyak kali tentang kandungan ketiga ni. Kalau boleh saya tak nak melalui lagi pengalaman seperti ini. Dah serik saya rasakan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih, puan. Sekadar berkongsi rasa shj. Diharapkan tiada yang melalui pengalaman seperti saya.

Catat Ulasan

 

Same Old Me But A Different Day.. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting